FAKTA : Kebanyakkan mereka yang baru hendak memulakan perniagaan internet dengan membina laman web mereka sendiri, akan gagal atau putus asa di tengah jalan kerana tidak berjaya menyelesaikan bermacam masalah teknikal semasa membina laman web perniagaan mereka.

Video Tutorial Nama Domain dan Hosting(Server)

Domain dan Hosting(Server) merupakan perkara utama yang perlu ada dalam pembinaan laman web. Anda perlu mengetahui aspek-aspek penting mengenai nama domain dan hosting terutama kaedah untuk mengendali dan menguruskan nama domain dan hosting.



Video Tutorial Membina Laman Web Minisite

Minisite adalah laman web perniagaan yang paling popular untuk menjual satu produk yang tertentu. Minisite kebiasaannya mengandungi beberapa halaman yang mengandungi maklumat produk, video, slaid dan pelbagai informasi mengenai produk yang diterangkan dengan cara yang menarik. Ia bukan sahaja popular malah mudah untuk dibina.



Video Tutorial Membina Laman Web Membeli Belah (Shopping Cart)

Membina laman web jualan yang canggih lagi interaktif dan boleh menjual berbagai jenis produk. Pelanggan boleh memilih, melihat katalog, melihat gambar, memberikan pendapat dan sebagainya. Sila klik disiniĀ  untuk melihat contoh laman web yang akan anda hasilkan selepas mengikuti VideoTutorial ini. Klik disini untuk contoh shopping website yang bakal anda hasilkan.



Video Tutorial Membina Laman Web “MULTIPLE INCOME SITE” – Pelbagai Sumber Pendapatan dalam satu Laman Web

Membina laman artikel atau ‘content site’ yang dapat menjana pendapatan dari pelbagai sumber dengan hanya beberapa langkah mudah. Laman web ini dapat menjana pendapatan dari 3 sumber iaitu produk anda, produk affiliate dan pengiklanan dengan serentak. Laman web ini dapat mengoptimakan pendapatan anda hanya daripada satu laman web. Klik untuk melihat laman web yang bakal anda hasilkan. Contoh 1. Contoh 2.



Video Tutorial Membina Sistem Bantuan Pengguna

Sistem bantuan ini akan memudahkan pelawat / pelanggan menghubungi anda. Sistem support ticket ini akan memudahkan anda mengendali pertanyaan pelanggan selain daripada mengelak dari email ‘spam’.

Selain itu ia juga dapat mengkategorikan pertanyaan yang diterima. Selain untuk kemudahan perniagaan anda sistem ini juga akan membina imej profesional pada laman web anda. Contoh sistem support ticket disini. Klik disini untuk contoh sistem bantuan yang akan anda hasilkan.



Video Tutorial Menggunakan Audio dan Video pada Laman Web

Video dan Audio adalah satu medium yang dapat menarik perhatian pengguna dengan segera. Dengan menggunakan Video dan Audio, anda dapat menyampaikan maklumat kepada pelawat dan pelanggan anda dengan cara yang mudah difahami, menarik dan pantas.

Kepentingan dan kegunaan Video dan Audio:

* Presentation atau penerangan mengenai syarikat/perniagaan anda.

* Penerangan mengenai produk/perkhidmatan anda.

* Sebagai medium iklan untuk produk anda.Menyediakan video panduan, tutorial, training dan sebagainya.

* Menyebarkan video lucu/menarik/gempar untuk tujuan pemasaran.Video promosi kemahiran anda.

* Untuk laman web keluarga dengan meletakkan video mengenai aktiviti keluarga anda seperti percutian, perkahwinan, harijadi dan sebagainya.



Video Tutorial Membina Sistem Auto Follow Up

Autoresponder atau sistem Automatik Follow Up adalah perkhidmatan menghantar e-mail secara automatik dan mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan oleh pengguna. E-mail yang dihantar selalunya dalam bentuk maklumat seperti brochure, katalog, tutorial, newsletter, e-zine dan sebagainya yang telah disediakan terlebih dahulu dan akan dihantar mengikut turutan dengan menggunakan sistem autoresponder. Autoresponder adalah suatu mekanisma yang amat penting untuk strategi pemasaran perniagaan anda, tidak kira apa juga jenis dan model perniagaan yang anda lakukan.



Video Tutorial Membina Sistem Agen Pemasaran (Afiliate)

Apakah sistem Agen Pemasaran? Mengapa perlu anda menggunakan?

Mempunyai sistem agen pemasaran pada perniagaan internet anda adalah suatu yang amat penting. Sistem agen pemasaran bertindak dengan melantik ahli yang mendaftar, menjadi agen jualan kepada produk atau perkhidmatan yang ingin dijual. Seorang agen akan membantu mempromosikan produk tersebut dengan berbagai kaedah seperti melalui laman web, newsletter atau e-mail.

Apabila pelanggan membuat pembelian melalui ‘link’ agen tersebut maka agen akan mendapat komisien yang selalunya diberikan dalam bentuk peratusan keuntungan atau pada kadar yang tetap.

Sistem agen pemasaran adalah kaedah paling berkesan dan terbukti untuk meningkatkan kadar jualan produk. Dalam masa yang sama, ia juga meningkatkan jumlah pengunjung ke laman web anda. Sistem agen pemasaran ini memberikan faedah ‘win-win situation’ dimana anda mendapat lebih pelanggan dan agen anda mendapat keuntungan hanya dengan melakukan promosi dan tanpa perlu bersusah payah untuk menghasilkan sesuatu produk.



Video Tutorial Membina Grafik Untuk Laman Web

Jadikan pengunjung laman web anda TERPUKAU dan tak sabar untuk membeli produk anda dengan grafik yang menarik dan Profesional!!

Grafik merupakan antara perkara penting pada sesebuah laman web. Dengan grafik yang menarik, laman web anda akan kelihatan lebih profesional dan meyakinkan. Kos untuk menghasilkan grafik dengan mengupah pereka grafik(designer) amat mahal. Sebagai contoh, kos untuk menghasilkan sebuah ‘banner’ sahaja memerlukan puluhan ringgit dan kos untuk sebuah ‘ebook cover’ adalah ratusan ringgit. SIMPAN duit anda kerana video tutorial ini akan membongkar rahsia membina grafik yang cantik dan memukau walaupun anda tak pernah menggunakan perisian grafik sebelum ini.



Monakas.Com

Pakej Lengkap Perniagaan Internet merupakan panduan lengkap untuk memulakan perniagaan internet anda.

Maklumat lanjut

Connect

If you like to stay updated with all our latest news please enter your e-mail address here