Mengapa Anda Perlu Memiliki Pakej Lengkap Perniagaan Internet dalam Format DVD Interaktif Ini sekarang juga..
- Pakej Lengkap Perniagaan Internet dihasilkan oleh usahawan internet untuk usahawan. Ia hasil dari pengalaman dan kejayaan sebenar penulis sebagai usahawan melalui internet dan bukan hanya teori semata-mata.
- PLPI telah berada dipasaran semenjak 2007 dan menjadi panduan kepada ramai usahawan internet yang berjaya. Matlamat kami adalah untuk kekal sebagai peneraju dalam menghasilkan usahawan internet yang berjaya.
- Dengan PLPI anda tidak perlu membuang masa berbulan-bulan dan bersusah payah untuk mengkaji bagaimana membina perniagaan internet dan laman web perniagaan kerana E-book 8 Module berserta Video Tutorial ini ibarat seorang guru yang berada disebelah anda dan menunjukkan dengan jelas dan terperinci bagaimana untuk melakukannya, hari ini juga!!
- Anda Dapat Mengelak Daripada Melakukan Kesilapan Yang Merugikan. Ramai ‘orang baru’ dalam dunia perniagaan internet ini saya dapati melakukan kesilapan yang amat merugikan kerana mengeluarkan kos-kos yang sepatutnya tidak perlu dan yang lebih teruk lagi mereka melakukannya berulang kali. Saya akan menunjukkan anda bagaimana membina perniagaan internet dengan cara yang betul dan dengan kos yang paling minima tetapi tetap memberi impak yang besar.
- Anda Boleh Melihat dan Terus Membuatnya Sekarang Juga . Sekiranya anda tidak mempunyai kelapangan atau berkemampuan untuk menghadiri kursus perniagaan internet, PLPI adalah pakej terbaik untuk anda. PLPI disusun untuk memudahkan anda belajar dari rumah.
- PLPI dilengkapi video terperinci. Tidak seperti kebanyakkan ebook dipasaran yang hanya menerangkan secara teori, PLPI desertakan dengan video tutorial terperinci untuk setiap perkara yang diterangkan. Anda tidak akan tertanya-tanya lagi bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara kerana ia akan diterangkan secara langkah demi langkah.
- Anda Boleh Belajar Dari Keselesaan Dirumah. Dengan Video Tutorial ini anda tentukan masa untuk belajar, anda dapat melihatnya berulang kali sehingga anda benar-benar memahaminya ,’pause’ kan, ‘fast foward’ kan dan ‘rewind’ kan atau pergi terus kepada topik yang anda kehendaki. Ini adalah cara yang TERBUKTI PALING BERKESAN untuk belajar.
- Dapat Mempelajari RAHSIA Pemasangan ‘Script’. Kebanyakkan laman web masa kini menggunakan ‘script’ untuk menjadikan laman web mereka lebih interaktif dan menarik. Script ini selalunya dalam benuk CGI, ASP ataupun PHP. Kaedah pemasangan ‘script’ ini tidak akan anda perolehi atau ditunjukkan dalam mana-mana kursus atau bengkel perniagaan internet.
Ia selalunya menjadi rahsia ‘webmaster’ atau pengendali laman web. Kos untuk pemasangan ‘script’ ini selalunya bermula dari ratusan hingga ribuan ringgit. Dengan memiliki video tutorial ini secara tidak langsung anda akan ketahui ‘RAHSIA’ pemasangan ‘script’ ini. Kelebihannya: Selepas ini anda boleh memasang sendiri bermacam-macam ‘script’ menarik yang anda boleh perolehi dari laman web samada percuma atau berbayar. - Dapat Mempelajari Kaedah Menggunakan CPanel . Kebanyakkan penyedia hosting masa kini menggunakan Cpanel untuk mengendali akaun hosting. Didalam pakej ini terdapat video tutorial lengkap kaedah menggunakan Cpanel yang penting untuk membina laman web perniagaan yang menarik.
- Dapat Mempelajari Pembinaan Grafik untuk Laman Web . Grafik adalah komponen penting untuk laman web. Dengan grafik yang menarik, laman web anda lebih menyerlah dan profesional. Dengan pakej ini anda dapat pelajari kaedah membina grafik yang profesional untuk laman web anda. Pakej grafik ini sahaja berharga ratusan ringgit jika di beli secara berasingan.
- Dapat Jimatkan Wang Ribuan Ringgit. Anda dapat membina laman web perniagaan anda dengan usaha anda sendiri. Mengupah pereka laman web menelan belanja bermula dari ratusan ringgit bagi laman web yang ‘simple’ dan ribuan ringgit bagi laman web ‘interactive’. Dengan pakej lengkap perniagaan internet ini anda dapat membina laman web perniagaan anda sendiri, DIJAMIN!